Monday, February 20, 2017

#GOSIP PANAS ~ Nur Sajat Mengaku Cuci Miss V-nya Guna Sabun Muka

SIAPA tak kenal usahawan kosmetik dan personaliti media sosial terkenal, Nur Sajat?

 Pengasas empayar kecantikan Let’s Cantik ini menyatakan bahawa ‘Sabun Pink’ Jangan Mengata yang diformulasikan khas untuk mencuci kulit wajah itu juga boleh digunakan untuk mencuci alat sulit wanita!

 Menerusi akaun Instagramnya @nursajat02, Sajat menerangkan kebaikan mencuci bahagian intim menggunakan sabun pencuci muka keluaran syarikatnya itu.

 Malah, wanita transseksual ini turut mengatakan bahawa dia juga mencuci kemaluannya menggunakan sabun tersebut!

 Gulp!

 “Kadang-kadang sabun ni pun cuci Sajat cuci dekat Miss V (vagina) Sajat.” 

 Seperti dapat mengagak reaksi penonton, Sajat terus membangkang persepsi mereka.

 “Haa? Tak percaya Sajat ada Miss V? Oh my god! I ada Miss V la, betul! Kita sama je. Ada Miss V.”

 Sajat kemudiannya memberi kaedah bagaimana untuk mencuci bahagian intim anda.

 “Dan cuci tu, cuci betul-betul. Tonyoh-tonyoh sikit dalam tu, sembur ke. Ini kita cakap benda yang betul. Kalau tak, busuk la. Awak tak bau tapi orang lain bau,tau.”

 Sajat juga memberitahu bahawa sabun itu juga mempunyai haruman bunga-bungaan iaitu bau bunga ros.

 Sementara itu, netizen yang menonton terhibur dan tak kurang juga yang mengkritik celoteh Sajat yang kecelaruan gender ini.

 “@fmfikrymokhtar: bongok si*l die ni.MISS V dah kau pi potong K***K kau. hahahah”
 “@fraualia: @nida_syuhada hahaahahahha..lawak dia niii😂😂😂”  
@wehlina: @lylacalderone dia ni makin hari makin kelakar lah 😂😂” “
@iamfiqriarif: Hahahaha. Demmmnnit nigga. Huntung la ko dh beli lps ni ada bau bunga2. 
@mummy_lie wwuu” “
@aseerahalys: @rafazahr dia punya omg tu comel sgt miss V uolss”

 Kontroversi dan Sajat memang seiring sejalan, dan beliau pun tidak ambil kisah apa yang masyarakat mahu perkatakan terhadapnya.

 Selepas dihimpit kritikan akibat pengakuan status ‘sebenarnya’ sebagai seorang khunsa dipertikaikan ramai pihak,

Sajat memilih untuk fokus terhadap empayar kecantikannya.

 Terbaru, Sajat dikatakan membeli rumah mewah kepunyaan pengasas D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri ‘Terlajak Laris’ yang dianggarkan bernilai RM10j di Kota Damansara.

 Apa-apa pun, kami boleh membuat dua kesimpulan selepas menonton video : Sajat mempunyai Miss V, dan ianya mempunyai haruman bunga ros!-MYNEWSHUB.CC/SK

#RISIKO ~ Adab bergurau zaman viral..fikir akibatnya sebelum buat

BERGURAU zaman viral bahaya.

 Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

 Jika kita maksudkan tujuannya A tapi orang ingat B, orang lain pula mungkin fikir C dan ada juga pendapat lain fikir Z terus.

Jadi itulah bahayanya gurau zaman viral ini.

 Seperti yang berlaku minggu lalu.

Mula-mula Gempal nak cerita mengenai gurauan Shah dari kumpulan Tapaw. Dia edit pada sijil kelahiran anaknya dengan meletakkan nama Muhammad Putra Naruto.

Maka ramailah netizen yang mengkritik kerana memberikan nama yang tidak baik pada anak.

 Mengakui dia tersilap gurau, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.

 Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini;

 “Sebenarnya, perkara yang dikongsi itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata di kalangan adik-beradik. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.
 “Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram,” kata Shah. 

 Gurauan Shah tak fasal-fasal dia dapat kecaman percuma daripada netizen.

 Kisah gurauan yang kedua adalah lebih hebat lagi iaitu gurauan berkahwin buat kali yang ketiga.

 Gempal menerima kiriman screen shot daripada peminat berkongsi cerita dan gambar bahawa isteri pertama Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre telah berkahwin lagi buat kali ketiga.

Sementara Salima pula isteri keduanya merupakan seorang selebriti. Dan apabila kisah ini disiarkan terus menjadi viral.

 Namun apa yang menariknya di sebalik cerita tersebut adalah Salima menafikan kenyataan madunya bahawa suami mereka berkahwin lagi buat kali ketiga.

 Ini yang ditulis oleh Salima “Assalamualaikum. Gambar dan statement ini adalah palsu, saya sebagai isteri Kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini palsu mewakili suami dan juga isteri pertama. Gambar ini diupload atas dasar gurauan tanpa pihak isteri pertama menyangka gurauan itu akan menjadi viral.” 

 Berita penafian ini juga telah menjadi viral.

Pelbagai pendapat yang diberikan dan kebanyakan komen yang diterima mengatakan bahawa berita gurauan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

 Justeru, dalam zaman serta viral ini, apakah adabnya jika hendak bergurau?

 Mudah sahaja, bagi Gempal jika hendak bergurau biarlah bertempat, fikir semasak-masaknya sebelum upload sesuatu dan fikirkan pro dan kontranya terutama jika anda adalah seorang selebriti.

 Melainkan jika anda sanggup menerima kecaman netizen maka silalah bergurau seperti mana yang anda mahukan.

 Jika dah viral sendiri tanggunglah ya.[SH]

#TAHNIAH ~ Stacy selamat bersalin anak perempuan

Instagram Akim Ahmad 

PASANGAN selebriti Akim Ahmad dan juga Stacy telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada 17 Februari jam 5.17 petang.

 Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Akim di laman Instagram.

 “17.02.17 jam 17.17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. “Syukur, semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih diatas doa anda semua,” tulis Akim sambil menunjukkan kaki bayi yang comel itu.

 Gambar yang mendapat ‘likes’ lebih 27 ribu ketika artikel ini ditulis, pada masa sama juga dua ribu pengikut dan pengguna laman sosial tersebut tidak ketinggalan melahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Akim dan Stacy.

 Antara rakan artis yang turut memberikan komen ialah Datuk Red, Alif Satar, Hafiz Suip, Hyperact dan ramai lagi.

#TALK SHOW ~ Rindu bawa Sarimah Ibrahim kembali melalui The Sarimah Show

KELIBAT figura ini di dalam industri seni tidak perlu diperkenalkan lagi.

Anak kacukan Melayu-Irish yang berasal dari Dublin, Ireland ini mempunyai ramai peminat dari pelbagai bangsa.

 Setelah beberapa tahun 'sepi' dari radar hiburan, Che Puan Sarimah Ibrahim kembali mewarnai industri seni tempatan.

Lebih istimewa, wanita berusia 38 ini tampil dengan program bual bicara kelolaannya sendiri, The Sarimah Show.

 Bakal bersiaran setiap Ahad bermula 5 Mac nanti di TV3, dengan rangkuman pelbagai segmen dan topik menarik turut menampilkan selebriti popular seperti Fasha Sandha, Neelofa, Alif Satar, Amy Mastura, Fattah Amin, Kris Dayanti dan ramai lagi.

 "Sebenarnya dah lama saya impikan untuk mempunyai program talk show sendiri. Malah beberapa siri perbincangan juga pernah diadakan tapi tidak ada kata putus.

 "Tapi Alhamdulillah mungkin kerana rezeki selepas kahwin, tawaran ini datang kepada saya.

 "Walaupun saya tahu ada yang lebih layak mengendalikan program sendiri, tapi saya tidak tolak rezeki," ujarnya pada Media Hiburan.

 The Sarimah Show akan bersiaran selama sejam bermula jam 11 malam, memberi peluang kepada Sarimah berinteraksi lebih dekat bersama penonton melalui segmen seperti Cer Cita?, Diari Sarimah, Ada Berani?, Ok Mari.. dan Kerusi Panas.

 Jelas Sarimah lagi, keputusannya untuk kembali aktif mengacara juga dibuat atas permintaan ramai peminat di laman sosial.

 "Ramai yang tanya saya, ke mana saya menghilang? Tidak dinafikan saya berehat seketika selepas mendirikan rumah tangga untuk memberi fokus kepada suami.

 "Tapi sebelum itu saya masih ada, cuma fokus kepada program berbahasa Inggeris, termasuk menjadi penyampai Red Fm dan Mix Fm serta mengendalikan program Bella sebelum bercuti panjang.

 "Oleh itu saya anggap The Sarimah Show ini sebagai platform untuk kenalkan diri semula," katanya yang bergelar isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 44, atau lebih dikenali dengan nama Tunku Jamie sejak 2 April 2015.

 Menjelaskan lebih lanjut mengenai program kendaliannya itu, Sarimah berkata, The Sarimah Show bakal menampilkan sisi berbeza Sarimah yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini.

 Katanya, dia juga meminta penonton tidak menganggap talk show itu sebagai program komedi kerana tujuannya bukan hanya menghiburkan tetapi memberi inspirasi.

 "Harus diingat, talk show berbeza dengan program live show.

 "Tapi apa yang boleh saya katakan program ini akan menampilkan sisi berbeza saya. Kalau boleh saya mahu jadi penghibur yang berjaya," katanya.

 Tambah Sarimah, dia juga menjadikan program The Tonight Show With Jimmy Fallon sebagai inspirasi.

 "Saya jadikan Jimmy Fallon sebagai rujukan.

Tapi saya harap penonton tidaklah bandingkan kami kerana program seperti The Tonight Show, The Ellen DeGeneres Show mempunyai beratus krew.

 "Bagaimanapun sekiranya ada yang melihat kesamaan itu dari sudut positif, saya rasa bersyukur sangat," jelasnya.

 Sokongan suami dan keluarga 

 Sarimah tidak menafikan dia bertuah kerana suami dan keluarga begitu menyokong kariernya.

 "Of course saya kembali atas restu mereka.

Alhamdulillah suami juga sentiasa menemani sepanjang rakaman kerana saya tidak ada pengurus.

 "Bahkan ketika mendapat tawaran, dia ada bertanya program ini macam mana dan bila saya jelaskan, dia juga suka," ujarnya.

 Selain mengacara dia juga bersedia berlakon seandainya tawaran tersebut tidak bertembung dengan tugasan lain.

 "Sebenarnya saya ada dapat tawaran berlakon filem bercorak kepolisan tapi terpaksa tolak kerana jadual penggambaran bertembung dengan penggambaran program ini.

 "Saya pula jenis tak suka buat dua kerja dalam satu masa. Jadi kalau ada tawaran menarik selepas ini, saya bersedia menerima andai berkelapangan," akhirinya.[SH]

#HIDAYAH ~ Sheeda luah hasrat mahu berhijab

PENYANYI dangdut, Sheeda meluahkan hasratnya untuk berhijab selepas album dangdut terakhirnya, The Best Of Sheeda menemui peminat pertengahan tahun ini.

 Selepas mengenakan hijab, Sheeda atau nama penuhnya Rashidah Hamid, 53, mahu membuka buku baru dan meninggalkan irama dangdut yang begitu sinonim dengan dirinya sepanjang berada dalam bidang seni.

 “Kalau sudah menutup aurat, saya juga akan menutup perjalanan seni saya dalam irama dangdut dan melakukan sesuatu yang lebih sesuai dengan penampilan itu.

 “Saya tidak mahu berhijab hanya pada nama, sebaliknya bila keputusan itu sudah diambil, saya akan menjaga sebaiknya penampilan itu.

 “Hasrat berhijab ini adalah perjanjian saya dengan Allah dan bukan dengan manusia, jadi saya mahu melakukannya dengan ikhlas dan bukan kerana desakan atau sebab-sebab tertentu,” tegasnya yang cukup dikenali dengan lagu Angkat Kaki.

 Atas sebab itu jugalah penyanyi ini bersungguh dan segera mahu menyiapkan mini album yang bakal memuatkan lima lagu baru, termasuk single berjudul Angkat Tangan yang menjadi simbolik kepada pengundurannya dalam irama dangdut selepas ini.

 “Lagu ini amat istimewa kerana menjadi kesinambungan lagu popular saya sebelum ini, Angkat Kaki dan dalam masa yang sama menjadi lagu penutup dalam irama dangdut.

 “Tajuk ini menjadi simbolik pengunduran saya dan juga sebagai tanda ingatan buat peminat yang menyokong kerjaya nyanyian saya selama ini,” katanya yang turut menggunakan khidmat DJ Fuzz untuk album istimewa ini.

 Fokus bisnes 

 Dalam perkembangan lain Sheeda kini aktif dalam bidang perniagaan menerusi Sheeda Entertainment yang diusahakannya dengan suami, Sukri Hashim.

 “Saya menjalankan perniagaan menerusi syarikat pengurusan acara sejak lebih lima bulan lalu dan Alhamdulillah sambutan yang diterima cukup memberangsangkan sehingga tidak menang tangan menguruskannya.

 “Jujurnya saya seronok menjalani pengalaman baru ini. Setiap hari berfikir untuk memajukan lagi syarikat kami dan melibatkan diri dengan projek yang lebih besar lagi.

 Dalam pada itu, Sheeda juga meluahkan rasa syukurnya apabila sentiasa mendapat sokongan keluarga dalam apa juga yang dilakukannya.

 “Suami dan anak-anak sentiasa memahami dan menyokong apa sahaja yang saya lakukan asalkan menggembirakan saya.

 “Dulu saya terlalu sibuk dengan kerjaya nyanyian dan tidak ada masa sangat dengan keluarga, namun sekarang saya cuba meluangkan lebih masa dengan mereka meskipun tidak dapat menggantikan masa lalu,” katanya yang kini mempunyai dua orang cucu.[SH]

#HOT ~ Siti Saleha Dedahkan Akan Kahwin Tahun Ini

PELAKON Siti Saleha akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.

 Menurut aktres berusia 27 tahun ini, dia kini sedang rancak melakukan persiapan bagi menyambut hari bahagianya itu.

 Namun begitu, Saleha masih belum bersedia untuk mendedahkan butiran lanjut mengenai majlisnya.

 “Persiapan sedang berjalan.

Saya melakukannya sedikit demi sedikit.

Sebagai contoh busana perkahwinan masih dalam proses perbincangan.

Pada masa sama saya dan tunang masih mencari tarikh sesuai.

“Saya tak mahu beri tekanan kepadanya apatah lagi dia sibuk ke luar negara atas urusan kerja.

 “InsyaAllah jika semuanya sudah selesai, saya sedia berkongsi.

Jadi doakan saja segala perancangan berjalan lancar,” ujarnya dipetik Harian Metro.

 Adik Sam Bunkface ini bertunang dengan Lufti Azhar, seorang penjawat awam pada 26 November lalu selepas setahun menyulam cinta. – MYNEWSHUB.CC

 

Friday, February 17, 2017

#PENGHARGAAN ~ Zul Ariffin Ingin Hadiahkan Motosikal Peribadi Kepada Penonton Bertuah

Zul Ariffin akui puas hati hasil filem J Revolusi. 

 Pelakon kacak Zul Ariffin memberitahu dia membeli sebuah motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam filem terbaharunya J Revolusi.

 Zul atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 31, berkata, motosikal yang menjadi idamannya itu digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan.

 "Saya beri idea kepada penerbit untuk menambah babak aksi bermotor dan menawarkan diri untuk membeli sendiri motor yang ingin digunakan itu.

 "Saya memang sudah lama idamkan untuk beli motosikal tersebut dan ini alasan terbaik untuk saya beli.

Namun malangnya dua minggu selepas itu motor berkenaan terbabit dalam kemalangan ketika dibawa oleh seorang pelakon lagak ngeri," ujarnya kepada mStar Online.

Zul bersama motorsikal Ducati hypermotard. 

 Zul ditemui selepas majlis tayangan perdana filem J Revolusi yang diadakan di e@Curve, di sini, malam Rabu.

 Bagaimanapun, katanya, motosikal tersebut sudah dibaiki semula dan dia berhasrat untuk menghadiahkan kenderaan itu kepada penonton bertuah.

 "Saya mahu beri sumbangan juga kepada filem ini dan saya akan beri motosikal berkenaan yang mana saya rasakan sesuatu yang istimewa kepada penonton filem ini.

 "Kami akan adakan peraduan kepada penonton dan ada berbagai hadiah salah satunya kereta jenis Mazda," ujarnya.

 Bercerita tentang filem aksi pertamanya itu, Zul yang memeggang watak Jay Zulkarnain mengakui mengalami luka-luka ringan akibat melakonkan 90 peratus aksi tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

 Katanya, dia berasa puas biarpun berhadapan dengan risiko dan bahaya sepanjang penggambaran filem berkenaan.

 "Saya memang nak buat sendiri aksi dalam filem itu iaitu kira-kira 90 peratus saya buat sendiri.

 Ia pengalaman yang berbeza kerana selalu saya hanya bawa watak cinta sahaja. "Saya ada beritahu mereka jika kemalangan berlaku pada saya, terus bawa sahaja ke hospital," ujarnya.

Barisan pelakon J Revolusi. Filem J Revolusi turut dibintangi pelakon popular seperti Izara Aishah, Farid Kamil dan Fazura. 

Filem yang mengisahkan tentang Jay Zulkarnain lakonan Zul yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).

 Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh.

Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri.

 Filem terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2 Mac depan. [mStar]