#TAHNIAH ~ Syamsul Yusof, Puteri Sarah Dapat Anak Lelaki

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah menimang cahaya mata lelaki pada Rabu.

 Aktres Puteri Sarah Liyana yang juga isteri kepada pengarah Syamsul Yusof selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu.

 Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini.

 Syamsul, 33, menerusi laman sosial memberitahu berita gembira tersebut dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam Mohd Shamsul.

Bayi sulung Syamsul dan Puteri Sarah, Syaikhul Islam Mohd Syamsul.

 "Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. "Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang Islam yang ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Syamsul. "Marhaban ya Syaikhul Islam... Terima kasih isteri, Puteri Sarah Liyana," tulisnya.

 Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014 di kediaman keluarga aktres berkenaan di Damansara, dekat sini.[mStar]

No comments