Fasha Sandha Nafi Kaitkan Nora Danish, Bakal Fail Saman Malu

FASHA SANDHA DAN NORA DANISH BELUM BERCADANG UNTUK BERDAMAI SETELAH HAMPIR SEMINGGU ‘BERCAKARAN’ MELALUI MEDIA SOSIAL MASING-MASING. 

NAMPAKNYA masih belum lerai perselisihan faham antara Nora Danish dan Fasha Sandha yang berlanjutan daripada minggu lalu.

 Meskipun Nora telah mengemukakan saman terhadap Fasha atas tuduhan fitnah berdasarkan satu posting luahan hati Fasha kononnya dihalau oleh pihak Nora daripada majlis yang dianjurkan sebuah gedung tekstil terkemuka tanah air, namun itu tidak bermakna Fasha hanya akan berdiam diri.

 Masih mempertahankan kebenaran pihaknya, Fasha yang kini sedang bercuti di Sydney, Australia, sempat memuat naik sebuah gambar menerusi laman Instagram rasminya dengan kapsyen yang menerangkan situasi sebenar.

“@fashasandha: Salam Dari saya, 

 Saya memberikan kenyataan akhbar ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini. 

 Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya. 

 Saya TIDAK PERNAH sama sekali MENULIS NAMA SESIAPA di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa. 

 Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga TIDAK PATUT TERASA jika pihak ketiga tersebut TIDAK melakukan perkara tersebut. Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah bahawa saya telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun TIDAK TAKUT. Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak BENAR, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang TIDAK MASUK AKAL. 

 Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya. 

 Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi TIDAK BERJAYA. Negara kita ada undang-undang. 

 Selepas ini pihak ketiga tersebut itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya TIDAK AKAN memberikan apa2 lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada PEGUAM saya. 

 Saya mengangap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan KURANG MATANG. 

Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan segala hak saya di bawah undang-undang. 

 Terima kasih. 

 Nur Fasha Sandha 
Australia.” 

 Apa yang menarik perhatian kami adalah dakwaan Fasha yang berkeras mengatakan bahawa dia tidak pernah mengaitkan nama Nora mahupun jenamanya di dalam posting yang terdahulu itu, meskipun dia ada menulis, ‘All the best to you burung Hantu’ (jenama Nora pula diberi nama ‘OWL by ND’ atau ‘burung hantu’ dalam Bahasa Melayu) di dalam kapsyen gambar tersebut.

 Nampaknya kemelut antara Nora dan Fasha menjadi semakin rumit dan diharap kedua-duanya dapat menyelesaikan segala permasalahan dengan cara yang baik. – MYNEWSHUB.CC

No comments