#PEMINAT TEGAR ~ Janna Nick Elak Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak

PERKAHWINAN melibatkan selebriti dan pemain bola sepak bukanlah satu perkara baharu.

 Antara selebriti yang bergelar isteri kepada bintang bola sepak ialah pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain JDT, Zaquan Adha Abd Radzak dan pelakon Mia Ahmad yang baharu sahaja melangsungkan pernikahan dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi pada Januari lalu.

 Susulan kerajinannya mengikuti setiap perlawanan pasukan Kedah, pelakon Janna Nick turut tidak terlepas diajukan soalan adakah dia bersedia bergelar isteri kepada pemain bola sepak sekiranya mempunyai jodoh daripada kalangan lelaki yang bekerja dalam bidang tersebut, dan ini jawapan Janna: “Saya cuba elakkan, lagi pun saya tidak tahu bagaimana sikap pemain bola, bukan apa saya tak nak suami saya sakit, penat dan sebagainya,” katanya dipetik portal Rotikaya.

Menurut aktres cantik itu lagi, setakat ini tidak ada mana-mana pemain bola sepak yang mendekati dirinya malah setiap kali selesai perlawanan bola sepak, Janna akan terus pulang ke rumah.

 “Tak ada pula orang yang cuba, lagipun saya terus balik, tak ada nak ‘hai-hai’.

Memang betul-betul ikhlas nak tengok bola,” ujarnya lagi.

 Janna, 22, diketahui peminat merupakan penyokong setia pasukan negeri kelahirannya, Kedah.

 Janna juga sering kali dilihat hadir ke stadium bagi memberikan sokongan terhadap skuad ‘Pulun Kedah Pulun’ itu. – MYNEWSHUB.CC

1 comment

irsah.indesigns said...

Aishhh.. macam sinonim plak artis dgn footballers... Harap mana yg masih bersama terus berkekalan...