#BERSIH ~ Raysha Rizrose selesa tanpa gosip


POPULARITI drama bersiri, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 turut membawa nama pelakon utamanya,

Raysha Rizrose ke satu sisi berbeza dalam dunia lakonan.

 Jika sebelum ini ada yang seakan pesimis dengan keberkesanan lakonan bekas pemenang Dewi Remaja 2015/16 ini, namun kini ramai penonton yang memberi respons positif kepada pelakon berusia 21 tahun ini.

 Bagaimanapun, Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquisraisha Mohd Fariz tidak mahu leka dengan pujian, jauh sekali mahu selesa dengan apa yang dilaluinya ketika ini.

 Raysha memberitahu Media Hiburan, maklum balas positif yang diterima adalah tanggungjawab besar untuk digalas, apatah lagi buat penonton drama bersiri tersebut.

 Walaupun tidak semua memuji tetapi Raysha menganggap kritikan sebagai semangat untuk dia lebih maju pada masa depan.

 “Alhamdulillah, ramai yang memberikan kritikan membina terhadap gandingan saya bersama pelakon lainnya di dalam drama tersebut. 

Saya akui, pada peringkat awal saya tidak terlalu memberikan harapan besar. Namun kini, rata-rata memberi reaksi yang baik terhadap Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

 “Saya sendiri masih boleh dikira baru.

 Jadi respons seperti inilah yang saya mahu kan. 

Setidak-tidaknya, saya boleh memperbaiki diri. 

What ever it is, terima kasih buat semua yang menonton,” bicara Raysha yang tidak menafikan kerana komitmennya terhadap drama tersebut, dia terpaksa menolak beberapa tawaran dengan cara baik.

 Kongsinya, dia lebih selesa untuk fokus terhadap satu tugasan kerana dia boleh fokus dan cuba berikan yang terbaik sementelah komitmen untuk drama berkenaan agak ketat yang memerlukan dia menghadapi penggambaran dari pagi sehingga ke malam.

 “Bila dapat peluang untuk bekerja di dalam sebuah naskhah yang bagus, produksi yang baik dan pelakon yang saling menyokong, rasanya rugi kalau kami tidak saling all out. 

Seronok bersama produksi ini sebab kami saling bekerjasama dan sebagai muka baru, tentunya rasa seronok," kongsi Raysha yang masih belum merancang sama ada untuk menerima tawaran lain selepas ini atau tidak.

 Jelasnya, kerana komitmen masa dan fokusnya untuk drama tersebut, dia mengambil keputusan untuk tidak mengambil mana-mana tawaran selepas ini bagi memberi ruang buat diri-sendiri.

 “Masa dan tenaga yang diberikan untuk Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin agak besar.

Jadi saya tidak plan apa-apa lagi selepas ini. Sama ada mahu terus ambil tawaran lain atau fokus kepada hal lain misalnya pengajian atau pengacaraan,” terang bintang asal Subang Jaya, Selangor ini.

 Bersih daripada gosip? 

 Dalam perkembangan lain, Media Hiburan turut bertanya pada Rasya, apakah dia punya cara tersendiri untuk elakkan diri daripada dihinggapi dengan pelbagai kisah sensasi?

 Ini kerana kalau diikutkan, kakaknya iaitu Uqasha dan Nelydia sering terkena tempias cerita berbaur gosip yang sensasi.

Namun situasinya berbeza dengan Raysha.

 Pelakon filem Doktor Dukun Dani memberitahu, setiap selebriti pasti tidak akan terlepas daripada cerita yang sensasi.

 “Saya percaya, sebagai public figure kita tidak akan terlepas daripada menjadi perhatian dan setiap inci pergerakan kita akan menjadi buah mulut ramai.

Saya sendiri tidak berani untuk kata saya ni kalis gosip atau apa kerana kita tidak akan tahu apa yang berlaku selepas ini.

 “Sebab apa yang kita buat sama ada sedar atau tidak, kalau tidak kena caranya mungkin ia boleh menjadi cerita sensasi atau gosip.

 “Cuma apa yang boleh saya katakan, di kalangan kami bertiga, saya yang kurang expose berbanding mereka.

Jadi mungkin sebab itulah cerita yang sensasi mengenai saya tidak ada. 

So far, Alhamdulillah.

Saya senang dengan cara begini.

 “Apa pun, saya percaya peminat di luar sana pun kian cerdik untuk membeza akan apa yang betul atau tidak di balik cerita sensasi yang melanda seseorang selebriti itu,” luah Raysha positif.[SH]

No comments