#HEBAT ~ Lagu I Am Me, DSV Kini Ke Peringkat Antarabangsa?


MEMANG tular di media sosial apabila lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida yang hangat tiba-tiba popular sehingga dijadikan bahan parodi oleh ramai netizen tempatan.

 Kini, ada yang cuba membuat ‘ajuk’ dengan lebih dahsyat lagi sehingga ke peringkat antarabangsa.

World tu, bukan lagi peringkat kebangsaan, rantau Asia tenggara atau benua Asia!

 Fuhhh…sampai ke peringkat antarabangsa tu…

 Baru-baru ini terdapat netizen membuat parodi gabungan antara program pencarian bakat yang popular, Britain’s Got Talent dengan memasukkan selingan persembahan Vida.


Menerusi video berdurasi kurang daripada empat minit tersebut, ia memaparkan para panel juri begitu ‘asyik’ menari dan penonton pula bertepuk tangan sambil berdiri.

 Ia kononnya Mat Saleh dan Minah Saleh itu begitu berpuas hati dengan ‘persembahan’ pengasas kosmetik tempatan tersebut yang mungkin lain daripada lain!

 Walaupun video ini hanyalah suntingan semata namun sehingga kini ia telah mendapat lebih daripada 300,00o tontonan menerusi laman popular YouTube.

 Begitu hebat nampaknya penangan DSV ni ya sehingga mampu terus meningkat naik ke peringkat antarabangsa!

 Haaa… Siapa sangka mungkin suatu hari nanti DSV mampu tersenarai sebagai salah seorang peserta Britain’s Got Talent?

Haaa.. Kelas kau. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

No comments