#HOT ~ Ibu Aliff Syukri Kata Dia Sombong? Apa Ceritanya Ni?


BERJAYA macam mana pun anda, ibu bapa adalah insan paling utama dalam kehidupan. Tanpa doa mereka, pasti kehidupan kita tidak sempurna.

 Itulah apa yang dapat dilihat dalam hubungan baik yang terjalin antara usahawan D’herbs Terlajak Laris, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman bersama ibunya, Rozita Ibrahim yang juga merupakan seorang pengasas Sendayu Tinggi.

 Menerusi video berdurasi kurang daripada 10 minit itu, ia memaparkan Aliff yang begitu semangat berborak dengan ibunya sementelahan meminta wanita berkenaan untuk memilih hadiah yang dibeli daripada luar negara.

 Berikutan terlalu excited, Aliff yang berbaju kemeja putih itu secara tidak langsung telah mengeluarkan satu kata yang mungkin pada dasarnya agak kurang manis, sehingga wanita itu menegurnya ‘sombong’.

 “Beg mak saya ni berharga RM10 ya. I tak main lah beg RM10. Hello? Hello? It’s not my taste,” ujarnya sambil memegang beg ibunya.

 

Perkara tersebut lantas, menjadikan Aliff serba salah dan memberitahu bahawa itu adalah cara bagaimana dia berkomunikasi dengan ibunya agar orang ramai tidak salah faham berkenaan insiden tersebut.

 “Sorry, sorry. Ini dengan mak saya lah. Saya dengan mak saya memang macam tu. Perangai saya memang gila-gila. Memang macam ni. Korang tak baik kata saya jahat,” seloroh Aliff dengan nada bergurau.

 Kejadian itu yang berlaku di perkarangan rumah ibu kepada Aliff bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

 Ternyata, rata-rata antara mereka beranggapan Aliff seolah ingin mencari perhatian dan menunjuk-nunjuk kekayaannya.

 “Tuhan beri kemewahan kepada dia… Dia hanya mahu kita lihat kesenangan dia sebagai orang kaya… Siapa dia untuk kita agung kan adakah dia seorang khalifah atau seorang pemimpin orang ke jalan Allah bersenang-senanglah dengan duniawi ini… mintalah orang terus sujud padamu..,” tulis Nelson Biederman IV di ruangan komen.

 “Orang bilang mau menunjuk… Abis tu ko rakam dan tunjuk kat orang tu mende? Sorry dah tak minat dato’ yang semakin lama semakin riak dalam diam,” komen Ihsan Jw.

 Video yang menjadi tular itu sehingga kini telah menerima lebih 9,000 tontonan daripada netizen di laman YouTube.

 Hmmm… tak salah kalau nak berkongsi kegembiraan tu, tapi rasanya tak payah lah sampai bersungguh nak kena viral.

 Semua orang pun bagi juga hadiah untuk ibu bapa. Siap ada yang bagi kereta dan rumah, hmmm… tak ada pun nak rekod bagai. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

No comments