#ISU PANAS ~ Sejak Kahwin Rezeki Melimpah,Siapa Kata Tak laku? - Dazrin Kamaruddin


SEMAKIN hari, semakin ramai nampaknya artis tanah air yang mendirikan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, malah tidak kurang juga yang bertambah bilangan anak .

 Berborak soal rumah tangga, baru-baru ini pelakon telemovie 30 Hari Cinta, Dazrin Kamarudin telah dikatakan sudah ‘tidak laku’ setelah bergelar suami.

 Ha?

Biar betul?

Hmmm…mari kita baca akuan Dazrin sendiri.



Dazrin, 29, bagaimanapun menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya sudah tidak laku selepas bergelar suami.

 Pelakon ini berkata, rezekinya mula melimpah ruah sejak mendirikan rumah tangga dan sehingga kini dia tidak henti dihujani dengan pelbagai tawaran berlakon.

 “Saya rasa sejak berkahwin ini bukan tak laku tapi lagi bertambah rezeki ada lah.

Tawaran berlakon pun sentiasa ada sahaja.

 “Jadi tiada istilah tak ada tawaran selepas berkahwin atau apabila dah bergelar suami saja tidak boleh berlakon lagi,” ujarnya dipetik sebuah portal online.

 Pertanyaan berkaitan kehidupan harian, Dazrin mengakui bahawa kehidupan selepas berkahwin adalah lebih tersusun.


Bukan itu sahaja, malah dia juga menyatakan jadual kerja kini diuruskan sepenuhnya oleh isteri tercinta, Nur Fazulin yang merupakan seorang pramugari.

 “Alhamdulillah, saya dapat rasakan yang prestasi semakin baik dan bagus semenjak isteri menguruskan jadual harian dan kerja,” kata Dazrin.

 Tambahnya lagi, buat masa ini isterinya itu masih berehat daripada tugas bagi menumpukan perhatian pada kehidupan yang baru dibina.

 Dazrin yang kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama terbarunya, My Darling Inspektor Daniel yang hangat bersiaran di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam.

 Dazrin dan Zulin telah mendirikan mahligai bahagia pada 6 Mei yang lepas.

Majlis tersebut diadakan di Hotel Avillion Legacy, Melaka. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

No comments