#NALURI ~ Video Aliff Syukri Cium Anak Angkat Buat Netizen Sebak…


RAMAI yang beranggapan Dato’ Aliff Syukri sebagai attention seeker, tapi tidak dinafikan beliau juga merupakan seorang bapa serta suami yang penyayang.

 Sesiapa yang mengikuti akaun Instagram milik usahawan kosmetik ini pasti sudah mengetahui bahawa Aliff sebenarnya mempunyai seorang anak angkat lelaki.

 Selain mempunyai anak angkat, Aliff turut mempunyai tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Shahida Rashid.

 Aliff telah memuat naik satu posting dalam laman sosial miliknya baru-baru ini yang memaparkan kerinduan anak kecil itu sepanjang keberadaannya di luar negara.

 Video tersebut berjaya menarik perhatian netizen sehingga membuat mereka sebak dan terharu.

 Haaa…apa sebabnya tu?


Video pendek itu memaparkan betapa rindunya anak kecil itu kepada Aliff sehingga mengalirkan air matanya.

Maklumlah baru balik daripada luar negara mestilah rindu kan?

 Video tersebut secara tidak langsung telah berjaya membuat netizen tersentuh dan pelbagai komen positif telah dilontar terhadap jutawan kosmetik tersebut.


Alahai…sebaknya!

Siapa sangka orang yang sentiasa dikecam ini rupanya berhati murni.

Don’t judge a book by its cover ok! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

No comments