#WOW HEBAT ~ Princess Syahrini Dan Queen DSV Bakal Bergabung Satu Konsert


USAHAWAN produk kecantikan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mempunyai berita baik buat peminat!

 Vida memasang hasrat untuk bekerjasama dengan artis sensasi dari Indonesia, Syahrini.

 Untuk makluman, Syahrini baru sahaja mengadakan persembahan di Konsert Nova 2017 yang berlangsung pada 5 Ogos lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

 Namun ramai teruja dengan kisah aktres cantik ini apabila berjaya meraih tumpuan netizen dengan perkongsian gaya hidup mewahnya.


Justeru Vida dilaporkan berasa amat teruja berikutan dapat bertemu dengan Syahrini ketika konsert tersebut dan baru-baru ini kedua-dua diva ini bercadang untuk mengadakan konsert duet.

 Konsert tersebut bakal diadakan di Istana Budaya.

Kenyataan itu diakui oleh Syahrini sendiri di mana dia akan datang ke Malaysia sekali lagi untuk mengadakan konsert duet bersama pengasas kosmetik itu.

 “Kepada semua peminat Dato Seri Vida, aku akan datang sekali ke Kuala Lumpur untuk buat persembahan bersama penyanyi kesayangan anda ini,” katanya menerusi video Instagram Vida.



Terdahulu, Vida yang hadir sebagai penonton ketika Konsert Nova 2017 telah menghangatkan lagi keadaan dengan tagline nya.

 Ketika princess Indonesia ini sedang melakukan persembahan, Vida secara tidak langsung telah menarik perhatiannya sekali gus dia menjemput pengasas itu untuk naik ke atas pentas.

 Kedua-dua diva ini mempunyai persamaan di mana mereka berdua gemar berkongsi aktiviti harian selain barangan berjenama yang dimiliki bagi membuktikan mereka ini adalah bertaraf jutawan.


Hmmm…princess bertemu queen? Apa jadi agaknya?

Adakah konsert itu bakal meletup? Bersamalah kita nantikan. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

No comments