#GOSIP PANAS ~ Mimi @ Mona sudah ada kekasih baru dan desak Shahir AF minta maaf

Shahir AF8. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat 

 KUALA LUMPUR: Wanita yang dikaitkan dengan Shahir Zawawi, Mona Syamimi Mohd Samsudin, menolak dakwaan penyanyi itu konon apa yang berlaku sebagai usaha mensabotaj periuk nasinya.

 Malah, dalam perkembangan terbaru juga, Shahir meluahkan hasrat ingin menarik diri daripada bersaing dalam pentas akhir, AF Megastar, Ahad ini.

 Wanita yang mesra disapa Mimi itu sebaliknya hanya meminta Shahir memohon maaf kepadanya secara peribadi atas kenyataan yang didakwa palsu.

 Shahir sebelum ini menyifatkan hubungan mereka hanya berpaksikan artis dan peminat. Sedangkan, kata Mimi, hubungan mereka yang sebenar adalah sebagai kawan.

 "Untuk apa saya nak sabotaj dia seperti didakwa itu? Saya bukannya artis. 

Kalau saya artis barangkali saya ada niat sebegitu. Saya hanya orang biasa. 

 "Tak perlu untuk dia bersandiwara lagi. Benda sudah terang lagi bersuluh. 

Saya hanya mahu dia minta maaf saja kepada saya kerana sudah memalukan diri ini. 

Saya bukan peminat atau penyokongnya seperti yang dikatakan dia," katanya.

 Malah selepas ini, Mimi juga berharap Shahir akan menjauhkan diri daripadanya.

 "Saya tak mahu dikaitkan dengannya lagi selepas ini. Jangan ganggu kawan saya lagi atas apa alasan sekalipun. 

 "Malah selepas muncul di FB Live Harian Metro tadi pun, dia ada hubungi saya. Tapi saya tak angkat.

 "Sebulan lalu memang kami ada keluar bersama. Tapi kini saya sudah ada kekasih baru, seorang pemain bola," katanya.

 Mimi juga berharap hubungan penyanyi itu dengan artis yang dikatakan intim dengannya, Erra Fazira, akan berjalan seperti biasa.

 Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan cerita Shahir, yang diketahui ramai menjalinkan hubungan bersama Erra, 43, tiba-tiba dikaitkan dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi yang juga seorang pramugari.

 Ia bermula apabila foto Shahir bersama wanita itu tersebar di laman sosial.

Tambah hangat, keterangan gambar yang dilampirkan bersama foto seolah-olah menunjukkan mereka pasangan kekasih.

 Shahir menerusi kenyataannya terdahulu menyifatkan hubungannya dengan Mimi atas paksi peminat dan artis,

Manakala Mimi pula menyifatkan hubungan mereka sebagai kawan.[BH Online]

No comments