#HEBAT ~ Mr Bean bakal timang anak di usia 62 tahun


PELAKON yang popular dengan watak Mr Bean, Rowan Atkinson bakal bergelar bapa di usia 62 tahun, lapor mirror.co.uk 

 Komedian itu dan pasangannya, Louise Ford, 33, kini sedang menanti kelahiran anak pertama mereka itu.

 Ini merupakan cahayamata ketiga Atkinson yang sebelum ini mempunyai dua anak berusia 23 tahun dan 21 tahun iaitu Ben dan Lily dalam perkahwinan terdahulunya bersama Sunetra Sastry.

 Pasangan tersebut bertemu semasa berlakon bersama pada 2012 dan mula bercinta setelah Atkinson berpisah dengan isterinya pada 2014.

No comments