#PANAS ~ Shahir gagal jelaskan sewa kereta mewah?


SEJAK akhir-akhir ini, namanya terus menjadi siulan. Bukan hanya kemunculannya semula dalam arena seni hiburan tempatan, malah namanya ‘panas’ dek kerana kontroversi yang menghambat jejaka ini.

 Jika beberapa hari lalu, seorang wanita memuat naik mengenai Shahir yang dikatakan masih berhutang dengannya sejak beberapa tahun lalu, kini seorang lelaki turut memuat naik mesej perbualan antaranya dengan Shahir yang memintanya menjelaskan hutang sewa kereta berjumlah RM24,000.

 Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir atau nama sebenarnya Shahir Zawawi terpalit kontroversi terbaru ini apabila dikatakan berhutang kereta mewah yang disewanya sejak lima bulan lalu.

 Memetik ruangan komen di laman sosial Facebook pemilik kereta terbabit, rata-rata kenalannya bertanyakan jenis kereta yang disewa Shahir namun enggan didedahkannya.

 “Kereta ape tu biarlah rahsia. Tapi kereta mewahla, dia dah sewa lima bulan tapi baru bayar sebulan, so ada lagi RM24,000 dia hutang. Haah nak kahwin dengan Erra tu, haraplah Erra baca 'posting' ni. Mana tau hati dia terbuka nak tolong bayarkan hutang Shahir,” tulisnya.

 Shahir dikatakan seolah-olah ‘menyepikan diri’ setiap kali ditanya mengenai hutang itu.

 Terdahulu, Shahir pernah juga dikaitkan dengan seorang ‘peminat’ wanitanya yang dikatakan bukan sekadar peminat tetapi lebih sebagai teman.

 Ia berlaku pada minggu akhir AF Megastar.

Shahir mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pentas akhir pertandingan itu, namun perkara itu tidak berlaku kerana pihak pengurusan mahu Shahir meneruskan aksi akhir dalam pertandingan itu.[SH]

No comments