#TAHNIAH ~ Datuk Jalaluddin Hassan Selamat Bernikah Lagi Untuk Kali Ke-3


Dengan sekali lafaz, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, 44.

 Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.55 pagi dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur.

 Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Lokman Abdul Ghani dihadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn iaitu Mohd Faisal Mohd Noor.

 Jalaluddin, 63, menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Rapidah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

 Rapidah yang juga seorang ibu tunggal turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 daripada pihak pengantin lelaki berbalas tujuh dulang.

 Majlis itu dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.

 Dalam pada itu, pasangan mempelai turut diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan secara sederhana di perkarangan masjid sebagai meraikan hari bahagia mereka.

 Jalaluddin dan Rapidah ketika ditemui bersyukur majlis tersebut berjalan dengan baik dan berharap semua mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat. 

"Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan. 

 "Doakan kebahagiaan kami agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat," katanya.

 Hadir sama dalam majlis tersebut adalah pelakon Ashraf Muslim, Arash Mohamad, Den Wahab dan penggiat teater, Lokman Ghani.

 Pada awal Oktober lalu, Astro Gempak melaporkan Jalaluddin sedang dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal berusia 44 tahun yang dikenalinya melalui laman Facebook.

 Baca: #GOSIP PANAS ~ DATUK JALALUDDIN HASSAN BAKAL NAIK PELAMIN 

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair

Ini merupakan pernikahan ketiga Jalaluddin.

 Pernikahan kedua adalah bersama pelakon Ridani Ghani pada 2 Februari 1997. Namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.[Astro Gempak]

No comments