#WOWW ~ Hadiah Hari Lahir Buat Aaisyah Dhia Rana ,Bercuti Ke Eropah


ANAK pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin sering menjadi tumpuan kerana keletah serta aksinya yang comel mencuit hati netizen.

 Tanggal 1 November lalu, genaplah usia tiga tahun si comel ini dan sudah pasti hadiah daripada kedua-dua ibu bapanya yang paling ditunggu-tunggu.

 Mana tidaknya, Che Ta dan Zain akan membawa puterinya itu bercuti di Eropah!


Khabarnya mereka akan bercuti di sana selama 10 hari dan akan melawat beberapa tempat menarik di London, Paris dan Geneva.

 Menurut teraju utama drama Kak Marr ini, percutian ke luar negara itu sepatutnya berlangsung pada tahun lepas, namun hasratnya itu tidak kesampaian akibat masalah tunggakan cukai.

 Jadi, Che Ta ingin menebus semula pada tahun ini dengan membawanya serta jurugambar dan seorang teman.

Mereka telahpun berlepas pada malam tadi.

 “Akhirnya dapat juga bawa Aaisyah bercuti ke luar negara sempena ulang tahun kelahirannya. Tahun lalu hasrat berkenaan tidak menjadi apabila saya disekat daripada ke luar negara akibat masalah tunggakan cukai.


“Seperti saya jelaskan sebelum ini, bukannya saya tak bayar, cuma pada tahun lalu pembayarannya tidak konsisten seperti selalu. 

 “Gara-gara masalah terbabit, saya kena tanggung sejumlah kerugian. Duit hotel di London hangus begitu saja. Tempahan tempat majlis dan makanan, termasuk kek, juga sudah dibuat. 

 “Baju kami sekeluarga untuk ke sana pun sudah dimasukkan dalam bagasi. Cuma, bagi tiket penerbangan, ia masih boleh dianjak ke tarikh lain, tetapi perlulah dibayar denda. Nak buat macam mana, bukan rezeki,” katanya dipetik BH Online.


Pelakon yang juga usahawan ini turut berkongsi keterujaannya untuk membawa satu-satunya puteri kesayangan mereka bercuti ke luar negara.

 “Saya paling berasa seronok untuk membawa Aaisyah ke Disneyland Paris. Pada usianya sekarang, dia mungkin sudah boleh menghargai karakter terkenal Disney,” tambahnya.

 Lihat sahaja sambutan hari lahir yang diadakan baru-baru ini. Bukan sahaja disambut dengan meriah, malah, majlis tersebut bertemakan Putera dan Puteri.

 Sudah pasti si cilik ini akan teruja apabila berjalan-jalan di sekitar Disneyland nanti. Happy birthday Aaisyah! – MYNEWSHUB.CC/SA

No comments