#FANATIK ~ Penyanyi ‘Zalikha’ Floor 88 ditawarkan RM15,000 Jika Serah Foto Bogel

Terkenal melalui lagu 'Zalikha,' Ayie Elham terkejut menerima tawaran RM15,000 untuk foto bogelnya. ― Foto ihsan Instagram/Ayie Elham F88 

Vokalis kumpulan baru, yang semakin meningkat naik, Floor 88 ditawarkan RM15,000 jika sanggup menyerahkan foto bogel.

 Ayie Elham, 20, menerima tawaran lelaki itu, berdasarkan foto profilnya, melalui mesej peribadi di Instagram miliknya, lapor Harian Metro.

 Tidak tahu niat sebenar individu terbabit, beliau menganggap ia sebagai "gurauan atau suka-suka" sahaja.

 "Sebab itu saya hanya baca dan buat tidak tahu saja.

A post shared by AyieElham . 2wenty (@ayieelhamf88) on

"Tapi memang saya terkejut sebab ini kali pertama mendapat mesej sebegitu," kata Ayie, nama pentas Nik Fadlee Elhamshah.

 "Kalau betul dia ingin melakukan perkara ini, dia memang berani." 

 Ayie, penyanyi kumpulan enam anggota yang terkenal dengan lagu "Zalikha", juga sering menerima luahan cinta segelintir peminat wanita mereka.

 "Mesej mereka pula seperti diari harian," katanya, yang berasal dari Sabah.[MMO].

No comments