#TAHNIAH ~ Aishah dinobatkan juara Gegar Vaganza Musim Ke-4

Penyanyi Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4). 

 PENYANYI Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dipancarkan secara langsung dari Pinewood, Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru malam tadi.

 Aishah tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Liza Hanim, Hazami, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.

 Kehebatan vokal penyanyi yang pernah muncul menerusi kumpulan Aishah & The Fan Club ini sememangnya tidak boleh dinafikan apatah lagi dengan penghayatan hebat yang diberikan menerusi persembahannya untuk segmen solo sehingga mendapat standing ovation daripada juri tetap Hety Koes Endang.

 Kemenangan ini sekaligus melayakkan Aishah membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar membeli belah bernilai RM6,000 tajaan Go Shop serta trofi.

 Aishah turut memenangi hadiah Gelora Vida Vaganza danmenerima wang tunai RM5,000.

 Sementara itu, Liza Hanim memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Turki, barangan kemas, baucar membeli belah bernilai RM5,000 tajaan Go Shop serta trofi.

 Lan Solo pula berada di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Boracay, barangan kemas, baucar membeli belah bernilai RM3,000 tajaan Go Shop serta trofi.

 Diikuti Hazami yang menduduki tempat keempat, sementara Firman dan Tia Jinbara pula masing-masing berpuas hati di tempat kelima dan keenam.

 Pertandingan GV4 di peringkat akhir ini diadili empat juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor pula sebagai juri tempatan.

 Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato' Khairul Anwar Salleh, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dan Pengasas Vida Beauty Cosmetic, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.

 Malam kemuncak GV4 yang juga disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) ini menampilkan pengacara sensasi Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

No comments